Sunday, October 3, 2010

Mempolitikkan agama

Aku benci org yg mempolitikkan agama.

apa maksudnya?

lihat antara jawapan mereka yang beragama Islam.

  1. Dilarang bagi non-muslim membaca ayat suci Al-Quran
  2. Dilarang bagi non-muslim masuk masjid
  3. Dilarang mendapat duit dari kerajaan yang bersumberkan judi
  4. Dilarang bagi non muslim menggunakan nama Allah
  5. Dilarang mendoakan non-muslim
Ya, semua larangan ini salah sama sekali.

mengapa?

1) bacaan Al-Quran
Abu Jahal dahulu pon membaca ayat suci Al-Quran. Malangnya kita hanya melarang apabila non muslim membaca bahasa arab. tetapi sekiranya dia membaca terjemahan bahasa melayu. ianya tak mengapa. pelik bukan?
sedangkan arab atau melayu adalah bahasa. sedangkan isinya sama.


2) masuk masjid
Arab badwi pernah kencing di masjid nabi, dan nabi tak menghalaunya.
Arab pernah dijemput ke masjid nabi utk belajar tentang islam
etc.. terlalu banyak

3) Duit dari sumber judi
ianya adalah persoalan tanggungjawab dan hukum wajib bagi kerajaan memberi wang kepada rakyat. hukum yang sama kepada mereka yg ingin membayar hutang dan juga pemberian nafkah.

jika seseorang berhutang, dan membayar hutang tersebut dgn duit judi, si pemiutang boleh menerima wang tersebut, meskipun ianya dari sumber yg haram. kerana hukum wajib bagi si peminjam utk mengembalikan wang tersebut.

perbuatan haram dan dosa tersebut jatuh kepada si peminjam.

kerana menurut ijmak ulama, jika secara logiknya, si peminjam ingin membayar dgn duit judi, tapi si pemiutang tak mahu menerima, maka si pemiutang takkan dapat duit hutang tersebut sampai bila2. logik kan?

member nak bayar, kita bising2 tu duit judi, smpai bila pon kita takkan dapat duit tu. kita ambil wang tu dan WAJIB kita menegur supaya perbuatan member yg berjudi tu dihentikan.

4) Guna nama Allah..
isu terlalu lapuk... tapi Sheikh Yusuf Qardhawi jawab simple je. "Siapa nama ayah nabi? Abdullah (hamba kpd Allah). "

adakah ayah nabi beragama islam? tidak. adakah salah? jika salah, sudah tentu Nabi menegaskannya.

5) Doakan non-muslim
Ingat tak kisah nabi mendoakan agar Omar Al-khattab masuk Islam?
Ingat tak kisah nabi doakan agar Ayah saudaranya masuk Islam?
Nabi buat salahkah? tolonglah. jangan. jadi. bodoh.

Kalo ye pon diri kita benci seseorang, jgn kita kata agama kita membenci mereka.
Kalo ye pon nak menang pilihanraya, jangan lah cakap tentang agama ikut rasa di dada
Kalau ye pon berhujah, jangan ikut akal buta, Quran dan Sunnah kan ada?